Sunday 30 September 2012

Tempat-Tempat Menarik di Langkawi

Tempat menarik di Pulau Langkawi yang boleh anda dan keluarga kunjungi semasa cuti sekolah.

Tasik Dayang Bunting , Pulau Dayang Bunting


Pantai Chenang
Makam Mahsuri


Telagaga Tujuh
                                                    Dataran Helang, Jeti Kuah

Saturday 29 September 2012

Cerita Sang Kancil, Kerbau dan Buaya

Cerita ini sesuai untuk memberikan teladan untuk kanak-kanak. Di samping itu, murid-murid dapat menyenaraikan pengajaran atau nilai murni semasa membuat rumusan.

Sembelihan Korban Aidiladha 1432H

Video 1: Sembelihan korban di Masjid Bukit Temin, Langkawi pada Aidiladha 1432H.



Bagi yang berminat untuk menyertai ibadah korban pada tahun ini 2012/ 1433H silalah berhubung dengan Ustaz Abdul Halim Bin Suhimi untuk maklumat lanjut di talian: 019 4775633.

Tuesday 25 September 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 begitu komprehensif dan menyeluruh.
“Pelan tindakan itu adalah berdasarkan maklum balas yang diterima daripada semua pihak, termasuk pandangan dari pendidik tempatan dan antarabangsa,” katanya ketika melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di sini, Selasa.
Beliau berkata, pelan jangka panjang itu akan menggariskan 11 anjakan dan akan menjadi cabaran kepada semua pihak berkenaan.
“Tugas yang menanti adalah satu cabaran kerana ia bukan saja melibatkan orang di dalam mahupun luar dewan ini tetapi semua 28 juta rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau berkata, pelan itu bukan saja bertumpu kepada pengetahuan dan kemahiran tetapi nilai-nilai yang betul untuk menjamin masa depan negara.
“Demonstrasi jalanan dan menjatuhkan maruah orang lain bukan nilai-nilai kita.
“Kita memerlukan nilai-nilai untuk memastikan generasi muda masa kini berupaya memacu negara ke peringkat tertinggi,” katanya.
Beliau turut berkata, semua pemimpin harus mempunyai keberanian moral untuk mengetepikan politik daripada sistem pendidikan.
“Ini untuk memastikan bahawa kita membuat keputusan demi kepentingan terbaik anak-anak kita dan negara,” katanya.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran memberikan taklimat selama 25 minit kepada tetamu yang hadir menyaksikan pelancaran pelan tindakan tersebut.
Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.
 

http://mynewshub.my/2012/09/11/pm-lancar-pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025/

Thursday 20 September 2012

Nilai-Nilai Murni Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

NILAI –NILAI MURNI
1.BAIK HATI
Sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Sikap baik hati boleh dilihat dengan menilai tindak tanduk orang lain. Ini meliputi:
o    Aspek belas kasihan
o    Bertimbang rasa
o    Murah hati
o    Saling faham memahami
o    Sedia memaafkan
2.BERDIKARI
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Berdikari dalam konteks ini membawa pengertian:
o    Bertanggungjawab
o    Berupaya bertindak sendiri
o    Jaya diri dan yakin pada diri sendiri.
o    3.HEMAH TINGGI
Berbudi pekerti dengan tingkah laku mulia dan lemah lembut yang patut diamalkan oleh seseorang individu dalam hubungannya dengan ahli masyarakat yang lain. Ciri-ciri berhemah tinggi adalah:
o    Kesopanan
o    Mengakui kesalahan
o    Ramah mesra

4.HORMAT MENGHORMATI
Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan. Ini merangkumi:
o    Hormat dan taat kepada ibubapa
o    Hormat kepada orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin
o    Hormat kepada raja dan negara
o    Patuh kepada undang-undang
o    Hormat kepada hak asasi
o    Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan
o    Hormat kepada keperibadian individu.
5.KASIH SAYANG
Perasaan cinta, kasih sayang yang mendalam dan berkekalan. Rasa ini lahir dari hati yang rela terhadap sesuatu, tanpa sebarang unsur kepentingan diri:
o    Sayang kepada nyawa
o    Sayang kepada alam sekeliling
o    Cinta kepada negara
o    Cinta kepada keamanan dan keharmonian
6.KEADILAN
Perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.
7.KEBEBASAN
Kebebasan yang dimaksudkan ini, tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang ditentukan oleh agama, masyarakat dan negara. Contohnya ialah:
o    Kebebasan di sisi undang-undang
o    Kebebasan dalam sistem demokrasi.
8.KEBERANIAN
Kesanggunpan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati. Keberanian itu perlu ada pada setiap orang. Tetapi ia harus tahu batas dan keupayaannya kerana keberanian yang melulu mengakibatkan bencana. Nilai ini merangkumi:
o    Berani dengan tidak membuta tuli
o    Berani kerana benar
o    Berani mempertahankan pendirian
o    Berani bertanggungjawab.


9.KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL
Kebersihan fizikal ialah kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Kebersihan mental pula merangkumi pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian. Antaranya ialah:
o    Kebersihan diri
o    Kebersihan persekitaran
o    Pertuturan dan kelakuan yang bersopan
o    Pemikiran yang sihat dan membina
10. KEJUJURAN
Sikap dan perlakuan yang menunjukan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.
11. KERAJINAN
Usaha berteruan yang penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara.
12.KERJASAMA
Usaha baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat seperti persaudaraan, tanggungjawab bersama, gotong royang, ketoleranan dan perpaduan.
13.KESEDERHANAAN
Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat. Ini termasuklah:
o    Sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain.
o    Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku.
14.KESYUKURAN
Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas di atas nikmat dan kesenangan yang diperolehi seperti berterima kasih,, mengenang budi dan penghargaan.
15.RASIONAL
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya, tanpa dipengaruhi oleh perasaan. Umpamanya seperti boleh membuat pertimbangan, boleh membuat penakulan dan berfikiran logik dan terbuka.
16.SEMANGAT BERMASYARAKAT
Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama bagi mewujudkan keharmonian hidup dalam masyarakat seperti bermuafakat, kerajinan dan peka kepada isu-isu sosial dalam masyarakat.
17. PATRISTISMECintakan negara
 Berbangga, taat setia , berkorban untuk negara serta berusaha untuk memajukan negara. Sanggup melakukanapa sahaja demi mempertahankan negara daripada diceroboh

Tuesday 18 September 2012

Aktiviti Blog

AKTIVITI 2
3 Web berita
1.
Tajuk    :           Wanita Maut Terkena Tembakan Rambang
URL      :           http://www.bharian.com.my/
Sinopsis           SUNGAI PETANI: Seorang wanita maut terkena tembakan, manakala tiga yang lain parah ditetak selepas sekumpulan lebih 20 lelaki menyerang kawasan kediaman di Kampung Bukit Lembu, dekat Jalan Bukit Selambau, di sini, malam tadi.  Wanita berusia 52 tahun itu maut selepas terkena satu daripada tiga das tembakan yang dilepaskan kumpulan berkenaan secara rambang ketika menyerang kampung itu kira-kira jam 11 malam.

2.
Tajuk                Padah Melawan Arus
URL                  http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/padah-lawan-arus-trafik-1.86039
Sinopsis           BATANG KALI - Seorang remaja cedera di kening dan lutut setelah motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan. Pertembungan itu turut mengakibatkan seorang lagi penunggang motosikal cedera di bahagian dalaman badan. Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam kelmarin lebih kurang 50 meter selepas simpang empat Bandar Utama Batang Kali menghala Hulu Yam.

3.
Tajuk                767  Jemaah Haji Pertama ke Tanah Suci
URL                  http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120918/dn_03/767-jemaah-haji-pertama-ke-tanah-suci
Sinopsis           SEPANG 17 September. - Seramai 767 jemaah haji pertama menggunakan penerbangan Malaysian Airline System Bhd. (MAS) dan Saudi Airlines berlepas ke tanah suci dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.  Penerbangan pukul 1 tengah hari dengan menggunakan pesawat MH8000 membawa 447 jemaah itu mengambil masa kira-kira enam jam sebelum tiba di Madinah.   Pada tahun ini, sebanyak   33  penerbangan akan beroperasi dengan menggunakan pesawat tersebut iaitu masing-masing melalui enam serta dua lapangan terbang di Malaysia dan Arab Saudi.
...

3 web seni, sastera
1.                    
Tajuk                :Busana Sabah
URL                  :http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/473-pakaian-    kebudayaan-kaum/9777-busana-sabah.html
Sinopsis           :Gelaran Sabah sebagai “Negeri di Bawah "Bayu" membayangkan kedudukan negeri  Sabah bukan sahaja dari sudut geografi tetapi juga keindahan yang tersirat di sebalik negeri yang kaya dengan adat tradisi, budaya, sejarah dan rupa buminya yang kehijauan serta luas mata memandang.   Keluasan negeri Sabah seluas 73620 km persegi ini menghimpunkan lebih 23 suku etnik dan setiap etnik kaya dengan adat dan budaya tradisional masing-masing. Busana tradisional mereka menggambarkan kekayaan hasil tangan seperti tenunan bersulam ‘linangkit’ dan kreativiti manik dan labuci serta pelbagai hiasan seperti hiasan kepala ‘sarempak’, hiasan leher ‘mandapun’, penutup kuku ‘keku’, tali pinggang berserta pending ‘ingkot pangkat’ juga selendang. Kemahiran menghias pakaian dan cara berpakaian yang kemas dan cantik menjadikan koleksi pakaian negeri Sabah hebat, unik dan amat menarik perhatian. Terdapat 18 jenis busana Sabah. Setiap satunya mempunyai cir-ciri dan kegunaannya yang tersendiri.

2.
Tajuk                :Pertumbuhan Tradisi Sastera Melayu
Sinopsis           :Sastera Melayu adalah seni yang tua bermula dari sastera lisan pada awal peradaban  bangsa Melayu, kemudian bertembung dengan peradaban Islam dan barat pada zaman penjajah. Sastera Melayu juga dapat membezakan antara bangsa Melayu atau bangsa lain di Nusantara. Perkembangan sastera Melayu juga mengakibatkan hubungan yang baik dengan beberapa kerajaan.

3.
Tajuk                Kajian Puisi Melayu
URL                  http://members.tripod.com/~nita_73/Pantun
Sinopsis           Berdasarkan Teks Kajian Terdapat 4 Puisi Melayu Lama iaitu pantun, syair, gurindam dan seloka. Setiap satu jenis mempunyai ciri-ciri, kelebihan, kepentingan serta kedudukan   yang tersendiri.



3 web  berkaitan pembelajaran Bahasa Melayu
1
Tajuk                : Tatabahasa UPSR
URL                  : http://upsrbm.tripod.com/
Sinopsis           :Mengandungi nota-nota berkaitan tata bahasa Bahasa Melayu Sekolah Rendah  berkaitan semua tajuk. Disamping itu, terdapat soalan –soalan latihan topikal disampaing lima set  yang mengandungi 20 soalan setiap satu.

2
Tajuk                Bahasa Melayu Soalan Kefahaman
Sinopsis           Mengandungi tiga petikan iaitu petikan ucapan, berita dan sajak.  Soalan-soalan yang dikemukakan sebanyak 15 soalan dan setiap satu petikan mengandungi lima soalan objektif.

3.
Tajuk                : Tips menjawab soalan UPSR
Sinopsis           :Penerangan tentang cara menjawab soalan Bahasa Melayu  011 UPSR (penulisan) untuk bahagian A, bahagian B dan bahagian C.  Terdapat langkah-langkah yang dapat membantu calon-calon UPSR untuk menjawab supaya mendapat cemerlang dalam UPSR.

Monday 3 September 2012

PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA

 

Dalam pengajaran bahasa pendekatan merupakan  satu set andaian  yang membentuk sifat bahasa, pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan.  Terdapat empat pendekatan pengajaran iaitu :
Pendekatan Deduktif
Pendekatan Induktif
Pendekatan Elektif
Pendekatan Komunikatif

Pendekatan Deduktif

Konsep

            Pendekatan Deduktif   ini mengutamakan penguasaan undang-undang ataupun peraturan bahasa daripada penggunaan bahasa . Pelajar perlu melakukan menganalisa fakta atau isi yang membentuk generalisasi. Cerakinan dibuat daripada umum kepada spesifik (khusus).

Ciri- Ciri Pendekatan Deduktif

Pendekatan deduktif bermaksud murid akan   mementingkan pengetahuan yang diperoleh bukannya  pembentukan kebiasaan. Penyusunan isi hendalah dimulakan daripada keseluruhan yang dipermudahkan kepada yang lebih kompleks sifatnya. Pembelajaran  dengan kefahaman adalah lebih kekal dari menghafaz . Guru memulakan pengajaran dengan mengemukakan generalisasi di ikuti dengan contoh.
Guru –guru yang menggunakan pendekatan ini biasanya memulakan pengajaran bahasa mereka dengan huraian undang-undang bahasa yang hendak diajar sebelum memberi contoh-contoh penggunaannya.

Contoh aktiviti pengajaran

1      Guru akan memberi definisi kata adjektif .

2      Guru menerangkan bahawa kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan  
 kata nama.
      3.   Seterusnya guru memberikan contoh kata adjektif yang lain seperti pendek, manis , masam dan lain-lain.
      4.   Guru menunjukkan penggunaan kata adjektif untuk melengkapkan ayat.

Pendekatan Induktif

Konsep

Pendekatan ini pula  mengutamakan contoh penggunaan bahasa daripada undang-undang atau peraturan bahasa. Pengajaran dimulakan dengan memberi contoh penggunaan unsur-unsur bahasa yang diajar sebelum guru menghuraikan undang-undang bagi unsur tersebut.

Ciri-Ciri  Pendekatan Induktif.

            Bermatlamatkan pembentukan biasa. Pendekatan ini memerlukan kekerapan ulangan dalam beraneka konteks untuk menguasai  sesuatu kemahiran. Pendekatan ini menekan kepada  pengajaran yang berbentuk konkrit.  Pendekatan ini memberikan peluang kepada murid untuk belajar sepenuhnya dengan bimbingan guru.

Contoh aktiviti pengajaran.

1             Guru mengemukakan beberapa ayat yang mengandungi kata adjektif.
-Pembaris itu panjang
-Rumah itu cantik.

2             Guru akan menarik perhatian murid kepada perkataan panjang dan cantik.

3             Murid akan dapati perkataan tersebut menerangkan sifat  kata nama.
4            Di akhir pengajaran, dengan bimbingan  guru murid dapat membuat kesimpulan bahawa mereka telah mempelajari kata adjektif yang menerangkan sifat sesuatu benda.

Pendekatan Eklektif

Konsep

            Pendekatan ini menggabungkan kedua-dua pendekatan di atas untuk menghasilkkan satu strategi pengajaran.

Ciri-Ciri Pendekatan Eklektif
            Pendekatan ini menggunakan pelbagai kaedah dan tidak terikat hanya dengan satu saja kaedah. Guru boleh menggunakan usaha sendiri  dam mengajar mengikut kebolehan dan kemampuan kanak-kanak.

Contoh aktiviti pengajaran
1.    Guru memulakan pengajaran dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengan aspek bahasa yang hendak diajar.

2.     Murid-murid dipandu untuk sampai kepada undang-undang bahasa. Murid-murid kemudiannya didorongkan untuk memberi contoh-contoh lain dalam konteks yang hampir sama .

3.    Guru boleh juga memulakan pengajarannya dengan menyatakan undang-undang yang berkenaan dengan aspek bahasa yang diajar. Kemudian memberi contoh-contoh.

4.    Contoh-contoh lain didapati oleh murid untuk menerangkan undang-undang tadi. Akhirnya undang itu digunakan dalam konteks atau misalan-misalan yang hampir sama.

Pendekatan Komunikatif

Konsep

Pendekatan ini mengutamakan kecekapan berkomunikasi .Pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa yakni penguasaan sIstem tatabahasa serta kecekapan berkomunikasi.

Ciri-Ciri Pendekatan

Kecekapan yang pertama membolehkan seseorang murid menguasai struktur bahasa yang tepat bagi menyampaikan mesej kepada  orang ramai. Kecekapan yang kedua membolehkan murid tersebut menggunakan bahasa yang sesuai dengan khalayak yang dihadapinya.

Contoh aktiviti pengajaran

1     Pengajaran dimulakan dengan latihan menggunakan struktrur bahasa yang tepat
  dan  sesuai dengan sesuatu aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru .
      2    Pendekatan induktif dan deduktif digunakan dalam latihan ini.
      3.  Kemudian murid- murid akan melibatkan diri dalam aktiviti berkomunikasi atau       
           berinteraksi bagi membolehkan mereka menggunakan struktur ayat yang dilatih.
           Pendekatan pengajaran ini lebih berpusatkan murid daripada guru.